Wednesday, July 13, 2011

Mannheim

Kite pergi Mannheim nak tak hari ni.

Terus segar bugar bangun dari katil. Tak payah ajak budak budak laki. Kite pergi kite kite je. Kau perempuan perempuan! Yakin je nak pergi sendiri tanpa lelaki lelaki itu. Kami hanya bertiga naik direct train dari Heidelberg Hauptbanhof terus ke Mannheim.

Photobucket
Kau kenapa gemok sangat. Kalau sebelum ni wanita hanya ikut telunjuk lelaki lelaki itu kalau pergi mana mana. Kali ni berani mati dengan sekeping map di tangan.

AKHIRNYA

Alhamdulillah sampai jugak. Bukan jauh pun. Ceh. Berlagak.

Photobucket
Street of Markplatz in Mannheim.

Hari hujan dan tiada sebarang lindugan payung atau kot hujan. Pergi cari kot hujan merata rata tempat. Tapi tak dak pon!

Akhirnya tiba di destinasi yang ditunggu tunggu. Makan time.

Photobucket

Tak boleh pi dengan waiter kat kedai ni. Ada pulak bila orang tanya bagaiman rupa dan isi makanan dalam buku menu dia cakap dia tak boleh nak explain sebab dia sebok. Mana kami nak faham semua dalam bahasa German. Lagi pulak nama menu pelik pelik tu tak dak dalam kamus. Ikut hati nak berambus dari kedai tu sebab lapar sangat dan hari hujan malas nak cari kedai halal lain. Last last kami main pilih ja sesuka hati.

Photobucket
Ini free. Kind of naan without cheese.

Photobucket
Ann punya menu. Paling kesian sebab menu yang ditembak adalah berupa campuran bean dan carrot. Diorang punya side dishes kot.

Photobucket
Yang ini sedap. Macam pizza tambah cheese. Ain pilih.

Photobucket
Menu ni pun boleh lah. Macam Ain punya cuma ada tambahan ayam di atas.

Sambil makan memang tak pandang langsung waiter tu. Sebab dia sorang sahaja yang boleh berbahasa Inggeris dalam restaurant tu, terpaksa berhubung dengan dia untuk take away makanan yang tak habis.

Kau tahu susah nak jumpa manusia yang boleh berbahasa Inggeris. Kalau ada pun remaja Deutsch yang berpendidikan. Masa dalam perjalanan, jumpa dengan seorang perempuan cantik beragama Islam. Excited woo bila jumpa orang seagama. Kami minta dia tunjukkan restaurant halal yang sedap dan murah. Tapi dia tak boleh berbahasa Inggeris langsung. Kami hanya berkomunikasi menggunakan isyarat tangan seumpama orang bisu. Yang mengharukan dia sanggup turun dari train bersama kami untuk tunjuk restaurant yang bersesuaian.

Jalan jalan tengok kain baju semua selama beberapa jam dan balik. Kena jimat. Tak boleh nak beli sesuka hati macam kat Malaysia. Kami tak pusing habis habisan pun sebab hari hujan. Lagi pulak suhu dalam 17 darjah celsius buat kami semua geletar satu badan without appropriate clothes.

Photobucket
Mannheim City

Photobucket
Mannheim Hauptbanhof (Main Station of Mannheim)

Balik balik makan maggi pastu tidur. Perot semakin naik.

Love.