Sunday, July 10, 2011

Fit enough!

Time flies very fast! Sekejap ja dah masuk Isnin. Salah satu tanda dunia kita sudah tua. Duduk duduk lepak dalam bilik, Ann pulak menjerit tengok Malaysiakini melaporkan tragedi hebat kesah BERSIH. Yang menyayat hati kami bila ada kaki orang remuk patah dek tragedi itu. Ok sudah. Tak mau cerita banyak pasal kes kes ni. Kau rakyat Malaysia kau sendiri tahu mana betul mana tidak betul. Tiada unsur politik di sini ya kawan kawan.

Sebelum masuk tidur ni dia nak habaq mai siang tadi kami pakat ramai ramai nak pi bukak kedai juai waffle. Tapi yang terjadinya macam biasa lah.

Photobucket

Ann dan saya seronok berperasaan sesama diri sendiri. Lain disuruh lain yang dibuat.

Photobucket

Photobucket

Setelus-telusnya kami semua memang nak pergi tolong Aunty Juliah di Schaufenster des Sports (Sport Showcase). Schaufenster des Sports ni umpama satu karnival terbuka untuk orang awam dianjurkan sekali selama dua tahun. Tetapi yang seronoknya setiap ruangan aktiviti di buka adalah percuma kecuali makanan dan minuman. Kami sudah terpesong jauh. Dah tak ingat ke mana perniagaan kedai waffle. Sebabnya tertarik dengan satu booth ni. Meh tengok meh!

Photobucket

Ni booth untuk fitness test lah lebih kurang. Kami try semua ujian-ujian yang ada. Tapi sebelum itu, saya dan Ann berbesar hati menawarkan diri untuk buat sport massage. Best gila. Yang tu ja mampu cakap. Free itu yang paling utama. Hilang semua penat lelah berjalan beratus-ratus-ratus meter.

Photobucket



Sila tengok betapa terlebih fitnessnya saya.

Photobucket

Photobucket

Gambar 1: Shutter run yang boleh buat orang gelak hebat.
Gambar 2: Ala ala lompat jauh dan mencapai sejauh 1.5 km m.
Ada lagi beberapa test yang telah dibuat seperti sit up dan lompat tinggi tinggi.

Sudah agak agak penat kami singgah di gerai tengok apa dah jadi dengan gerai waffle. Laku baq hang! Nasib baik ada Sherif dan Qamal yang setia membantu Aunty. Nak harap Ann dan saya bungkus jadinya.

Photobucket

Photobucket
Singgah sekejap sahaja lepas tu kami jadi balik.


Ronda-ronda tengok sekeliling.


Photobucket

Photobucket

Banyak akitiviti sihat yang di anjurkan. Very catchy activities!

Photobucket
Anak Aunty Juliah pun ada buat performance untuk gymnastic. Baru berumur 15 tahun tapi badan dia ada sixpack yang semua lelaki dan perempuan idamkan.

Yang paling penting kami singgah di booth kesihatan untuk semak segala kolestrol lemak dalam badan. Ya badan saya normal. Lemak dan kolestrol di tahap normal. Tak percaya jangan baca.

Photobucket
Syafiq punya kolestrol baik. Di fitness test tadi dia paling fit.

Photobucket
Teluk angsa di Sungai Neckar. Diingatkan karnival ini dijalankan di persisiran sungai.

Photobucket
Sempat main tuju tin untuk dapatkan hadiah! Permainan paling senang sebab hari-hari training masa kanak-kanak dulu.

Photobucket
Aerobic dance menarik perhatian saya dengan lagu kegemaran One in A Million by Neyo.

Bila nak balik hari hujan dan tak boleh pi sungguh sebab time tu jugaklah Syafiq bawak kami ke jalan sesat. Jalan kaki tambah lagi lebih kurang 1.5 - 2.0 km di mana sebelum sampai di karnival sukan tu kami dah berjalan lebih dari itu.

Nak tidur dah sakit sendi paha betis akibat terlebih bersenam.